Cherry Cherry Boom Boom

Friday, November 26, 2010

Ulek Mayang =)


ULEKKK... MAYANG KU ULEKKK...
ULEKKK DENGAN JALA JEMALA.

Very very LOIKE dengan cerita ini. lagi2 lagu dia iaitu ULEK MAYANG!
the best song ever! lagi best kalau penyanyi dia ELLY MAZLEIN, sangat merdu suara dia.
she is SOOOOO BEAUTIFULL AND PRETTY!
*Mintak tolong sesape boleh tolong carikkan lagu dia tak?
<3

andd kat bawah ni ada sinopsis pasal cerita ini, telah diCOPY dari internet:


Sinopsis SLot Lagenda Ulek Mayang
Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu.
Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.
Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati.
Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.
Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?
Lagu Tema Ulek Mayang kali ini dinyanyikan oleh Elly Mazlein iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”. Paling suka dengar lagu Ulek Mayang kerana boleh melekakan pendengar dengan alunan yang indah.




No comments:

Post a Comment